Friday, March 16, 2007
Apakah anggota tubuh yang paling penting...?

Mari Kite Renungkan :

Ibuku selalu bertanya padaku apa bahagian tubuh yang paling penting. Bertahun-tahun, aku selalu meneka dengan jawapan yang aku anggap benar.

Ketika aku muda, aku fikir suara adalah yang paling penting bagi kita sebagai manusia, jadi aku jawab, "Telinga, Bu." Jawab Ibuku, "Bukan. Ramai orang yang tuli. Tapi, teruslah memikirkannya dan aku menanyakanmu lagi nanti."

Selang beberapa tahun kemudian, dia bertanya padaku lagi. Sejak jawapan pertama, kini aku yakin jawapan kali ini pasti benar. Jadi, kali ini aku mengatakan, "Bu, penglihatan sangat penting bagi semua orang, jadi pastilah mata kita."

Dia memandangku dan berkata, "Kamu belajar dengan cepat, tapi jawapanmu masih salah kerana ramai orang yang buta."

Gagal lagi, aku meneruskan usahaku mencari jawapan baru dan dari tahun ke tahun, Ibu terus bertanya padaku beberapa kali dan jawapannya selalu, "Bukan. Tapi, kamu semakin pandai dari tahun ke tahun, anakku."

Akhirnya tahun lalu, datokku meninggal. Semua keluarga bersedih. Semua menangis. Bahkan, ayahku menangis. Aku mengingatinya kerana itulah saat kedua kalinya aku melihatnya menangis. Ibuku memandangku ketika tiba giliranku untuk mengucapkan selamat tinggal pada datuk.

Dia bertanya padaku, "Apakah kamu sudah tahu apa bahagian tubuh yang paling penting, sayang?". Aku terkejut ketika Ibu bertanya pada saat seperti ini. Aku sering berfikir, ini hanyalah permainan antara Ibu dan aku.

Ibu melihat tanda kebingungan diraut wajahku dan memberitahu, "Pertanyaan ini penting. Ini akan menunjukkan padamu apakah kamu sudah benar-benar "hidup". Untuk semua bahagian tubuh yang kamu beritahu padaku dulu, aku selalu berkata kamu salah dan aku telah memberitahu kamu kenapa. Tapi, hari ini adalah hari di mana kamu harus belajar pelajaran yang sangat penting."

Dia memandangku dengan wajah keibuan. Aku melihat matanya penuh dengan airmata. Dia berkata, "Sayangku, bahagian tubuh yang paling penting adalah bahumu."

Aku bertanya, "Apakah kerana fungsinya untuk menahan kepala?" Ibu membalas, "Bukan, tapi kerana bahu dapat menahan kepala seorang teman atau orang yang kamu sayangi ketika mereka menangis.

Kadang-kadang dalam hidup ini, semua orang perlu bahu untuk menangis. Aku cuma berharap, kamu punya cukup kasih sayang dan teman-teman agar kamu selalu mempunyai bahu untuk menangis bila-bila pun kamu memerlukannya."

Akhirnya, aku tahu, bahagian tubuh yang paling penting adalah tidak menjadi orang yang mementingkan diri sendiri. Tetapi, simpati terhadap penderitaan yang dialami oleh orang lain.

Orang akan melupakan apa yang kamu katakan. Orang akan melupakan apa yang kamu lakukan. Tetapi, orang TIDAK akan pernah lupa bagaimana kamu membuat mereka bererti.

Kredit : rez (Friendster)

YaN Bilang :
- Terharu bila baca message yang sangat berharga nie. Thanks Rez sebab fwd sama sia.
posted by YaN @ 6:25 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
"..Aku memberikan perintah baru kepada kamu iaitu supaya kamu saling mengasihi,sama seperti Aku telah mengasihi.Dengan demikian pula kamu harus saling mengasihi.Dengan demikian,semua orang akan tahu bahawa kamu adalah murid-muridKu.."
:: All About YaN ::

Name: YaN
Home: Ranau, Sabah, Malaysia
About Me:
See my complete profile
:: Praise The Lord ::

:: Ini Nyanyianku ::
"Hidup didalam-Mu membuatku KENYANG dan TERANG.. Aku tidak takut lalu setiap saat menyanyi dan memujiMu. Engkaulah kekasihku..."
:: Sing To Da Loard ::
:: BLOG INDUK ::
:: Links ::
:: Selalu Berkunjung Ke ::
:: BAPA KAMI ::
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket Bapa kami yang ada di sorga, Dimuliakanlah namaMu, Datanglah kerajaanMu, Jadilah kehendakMu, Di atas bumi seperti di dalam sorga, Berikanlah kami rezeki pada hari ini dan, Ampunilah kesalahan kami, Seperti kami pun mengampuni, Yang bersalah kepada kami dan, Janganlah masukkan kami kedalam pencobaan, Tetapi bebeskanlah kami, Dari yang Jahat. Amen.
:: SALAM MARIA ::
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket Salam maria, Penuh rahmat Tuhan sertaMu, Terpujilah Engkau di antara wanita dan, Terpujilah buah tubuhMu Yesus.. Santa Maria, Bonda Allah, Doakanlah kami yang berdosa ini, Sekarang dan selama-lamanya, Amen.
:: AKU PERCAYA ::
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket Aku percaya akan Allah, Bapa yang Maha Kuasa, pencipta langit dan bumi; dan akan Yesus Kristus, Putra-Nya yang tunggal, Tuhan kita, yang dikandung dari Roh Kudus, dilahirkan oleh Perawan Maria; yang menderita sengsara, dalam pemerintahan Pontius Pilatus, disalibkan, wafat, dan dimakamkan; yang turun ke tempat penantian, pada hari ketiga bangkit dari antara orang mati; yang naik ke surga, duduk di sebelah kanan Allah Bapa yang Maha Kuasa; dari situ Ia akan datang, mengadili orang yang hidup dan yang mati. Aku percaya akan Roh Kudus, Gereja Katolik yang Kudus, persekutuan para kudus, pengampunan dosa, kebangkitan badan, kehidupan kekal. Amin.
:: KEMULIAAN ::
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket Kemuliaan kepada Bapa, Dan Putera, Dan Roh Kudus. Seperti pada permulaan, Sekarang,selalu, Dan sepanjang segala abad. Amen.
:: My Previous Post ::
:: My Archives ::
:: Template by ::

Free Blogger Templates

BLOGGER