Wednesday, September 26, 2007
Review Album Rohani : Yesus Penyelamat Dunia (JMI Studio)
Ikuti Temubual YaN dengan Jestie Alexius (Sebagai wakil rakan² artis yang lain). Dengarkan DEMO lagu² Rohani di dalam singingbox saya dari Track 1-10. ;

Cover depan Album Rohani

- Hi Jes.. = Hi juga.
- Apa khabar?
= Erm.. sihat...syukur pada Tuhan sia masih sihat. Hehehe kamu?
- Saya sihat juga.
- Album ini album perseorangan atau berkumpulan?
= Untuk album rohani lagu puji pujian ni kami buat berbentuk mega iaitu seorang artis satu lagu. Tapi ada juga lagu yang kami nyanyi beramai-ramai.
- Owh.. ada berapa orang artis yang terlibat dalam album ini?
= 10 semuanya.. semua penyanyi Tambunan.
- Owh Tambunan.. siapa² yang terlibat?
= Pertama saya Jestie, P'ter, Noah, Oliver, Bonnie, Will, Zack, Slyvester & Jeffrey Martin.. alalala ada 9 saja pula sia silap.
- Its okee..
- Apa tajuk album kamurang?
= "Yesus Penyelamat Dunia" .. Album kami ini berbentuk CD Audio. Hari ahad ini kami akan buat pelancaran di ST.Theresa Church Tambunan.. selepas Misa.
- Ada berapa bual lagu dalam album rohani nie?
= Ada 10 buah.
- Maksudnya, setiap penyanyi akan nyanyi 1 buah lagu & 1 lagu tu akan dinyanyikan beramai²?
= Ya.. sebenarnya ada dua buah lagu kami nyayi ramai² dan dalam album tu kami nyanyi 3 bahasa iaitu bahasa dusun, melayu dan english.
- Oh ya? mesti siok..
= Hehehe harap² macam tu la. Tapi yang penting lagu ini adalah untuk pujian kepada Tuhan kerana tidak pernah tinggalkan kita.
- Masing² cipta lagu ka?
= Ada tiga orang pencipta lagu untuk album ini iaitu sia sendiri, c P'ter dan Oliver. Yang lain artis sendiri yang cipta macam c Noah, c Zach & Jeffrey.
- Owh.. tq bagi detail info.
- Buli sia tau apa² rentak lagu dalam album?
= Kebanyakannya berentak balad rock & akustik.
- Siapa penerbit album nie?
= Saya, Will & Oliver.

Sebahagian penyanyi dalam album Rohani : Noah, P'ter & Bonni

- Album dalam bentuk CD audio?
= Yuph.
- Tidak mau buat MTV Karaoke untuk album ini?
= Dalam proses.. selepas MTV Karaoke baru sia siap.
- Owh.. jadi sekarang Jes sibuk shooting MTV Karaoke untuk album baru Jes la tu kan?
= Iya.. sangat sibuk kunun baini :)
- Tadi sia dengar Jes mau buat pelancaran album rohani ini di ST.Teresa Tambunan. Berapa buah lagu yang akan dinyanyikan?
= 3 buah. Lagu² tu akan dinyanyikan oleh c P'ter, Sylvester dengan c Bonnie. Sia tida dapat turut serta sebab masa tu sia ada shooting.
- Owh.. ruginya.
- Pelancaran itu akan dirakam atau tidak?
= Akan dirakam.
- Siapa yang rakam?
= Err.. sawo c Nuah sama sawo saya :)
- Owh.. Di mana studio tempat rakaman album rohani nie?
= Tempat saya.. JMI (Jestie Muzik Industri)
- Ooo.. Jimat kos negi kio?
= Ya ei..
- Berapa lama tempoh rakaman album nie?
= 1 bulan.
- Untuk kesepuluh lagu tu? wah cepat kan?
= Cepat sebab ada lagu yang sudah dibuat.
- Mungkin juga disebabkan semua penyanyi berasal dari Tambunan kan?
= Ya betul.
= Tiada halangan untuk rakaman kan?
- Ya selama ini tiada..
= Bagus la tu.
- Siapa susun lagu dalam album?
= Saya.
- Apa perasaan Jes bilamana menerbitka album rohani?
= Gembira.
- Apakah harapan anda untuk album ini?
= Err... harapan saya, semoga muda mudi akan lebih mengenali Tuhan kita iaitu Yesus.. soal laku atau tidaknya album itu belakang kira.
- Owh ya? tapi harap album nie akan mendapat sambutan yang menggalakkan kan?
= Ya.. terlupa pula hehe..
- :) . Good luck.
= Terima kasih.

YaN Bilang :
- Inilah serba sedikit perbualan YaN dengan Jestie Alexius pada 27 Sept. (kelmarin), mengenai album mega Rohani lagu puji pujian terbaru mereka. Terimakasih atas kerjasama yang diberikan. Jangan lupa dapatkan album ini di pasaran. Beli yang original.

posted by YaN @ 10:15 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
"..Aku memberikan perintah baru kepada kamu iaitu supaya kamu saling mengasihi,sama seperti Aku telah mengasihi.Dengan demikian pula kamu harus saling mengasihi.Dengan demikian,semua orang akan tahu bahawa kamu adalah murid-muridKu.."
:: All About YaN ::

Name: YaN
Home: Ranau, Sabah, Malaysia
About Me:
See my complete profile
:: Praise The Lord ::

:: Ini Nyanyianku ::
"Hidup didalam-Mu membuatku KENYANG dan TERANG.. Aku tidak takut lalu setiap saat menyanyi dan memujiMu. Engkaulah kekasihku..."
:: Sing To Da Loard ::
:: BLOG INDUK ::
:: Links ::
:: Selalu Berkunjung Ke ::
:: BAPA KAMI ::
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket Bapa kami yang ada di sorga, Dimuliakanlah namaMu, Datanglah kerajaanMu, Jadilah kehendakMu, Di atas bumi seperti di dalam sorga, Berikanlah kami rezeki pada hari ini dan, Ampunilah kesalahan kami, Seperti kami pun mengampuni, Yang bersalah kepada kami dan, Janganlah masukkan kami kedalam pencobaan, Tetapi bebeskanlah kami, Dari yang Jahat. Amen.
:: SALAM MARIA ::
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket Salam maria, Penuh rahmat Tuhan sertaMu, Terpujilah Engkau di antara wanita dan, Terpujilah buah tubuhMu Yesus.. Santa Maria, Bonda Allah, Doakanlah kami yang berdosa ini, Sekarang dan selama-lamanya, Amen.
:: AKU PERCAYA ::
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket Aku percaya akan Allah, Bapa yang Maha Kuasa, pencipta langit dan bumi; dan akan Yesus Kristus, Putra-Nya yang tunggal, Tuhan kita, yang dikandung dari Roh Kudus, dilahirkan oleh Perawan Maria; yang menderita sengsara, dalam pemerintahan Pontius Pilatus, disalibkan, wafat, dan dimakamkan; yang turun ke tempat penantian, pada hari ketiga bangkit dari antara orang mati; yang naik ke surga, duduk di sebelah kanan Allah Bapa yang Maha Kuasa; dari situ Ia akan datang, mengadili orang yang hidup dan yang mati. Aku percaya akan Roh Kudus, Gereja Katolik yang Kudus, persekutuan para kudus, pengampunan dosa, kebangkitan badan, kehidupan kekal. Amin.
:: KEMULIAAN ::
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket Kemuliaan kepada Bapa, Dan Putera, Dan Roh Kudus. Seperti pada permulaan, Sekarang,selalu, Dan sepanjang segala abad. Amen.
:: My Previous Post ::
:: My Archives ::
:: Template by ::

Free Blogger Templates

BLOGGER