Friday, March 16, 2007
Apakah anggota tubuh yang paling penting...?

Mari Kite Renungkan :

Ibuku selalu bertanya padaku apa bahagian tubuh yang paling penting. Bertahun-tahun, aku selalu meneka dengan jawapan yang aku anggap benar.

Ketika aku muda, aku fikir suara adalah yang paling penting bagi kita sebagai manusia, jadi aku jawab, "Telinga, Bu." Jawab Ibuku, "Bukan. Ramai orang yang tuli. Tapi, teruslah memikirkannya dan aku menanyakanmu lagi nanti."

Selang beberapa tahun kemudian, dia bertanya padaku lagi. Sejak jawapan pertama, kini aku yakin jawapan kali ini pasti benar. Jadi, kali ini aku mengatakan, "Bu, penglihatan sangat penting bagi semua orang, jadi pastilah mata kita."

Dia memandangku dan berkata, "Kamu belajar dengan cepat, tapi jawapanmu masih salah kerana ramai orang yang buta."

Gagal lagi, aku meneruskan usahaku mencari jawapan baru dan dari tahun ke tahun, Ibu terus bertanya padaku beberapa kali dan jawapannya selalu, "Bukan. Tapi, kamu semakin pandai dari tahun ke tahun, anakku."

Akhirnya tahun lalu, datokku meninggal. Semua keluarga bersedih. Semua menangis. Bahkan, ayahku menangis. Aku mengingatinya kerana itulah saat kedua kalinya aku melihatnya menangis. Ibuku memandangku ketika tiba giliranku untuk mengucapkan selamat tinggal pada datuk.

Dia bertanya padaku, "Apakah kamu sudah tahu apa bahagian tubuh yang paling penting, sayang?". Aku terkejut ketika Ibu bertanya pada saat seperti ini. Aku sering berfikir, ini hanyalah permainan antara Ibu dan aku.

Ibu melihat tanda kebingungan diraut wajahku dan memberitahu, "Pertanyaan ini penting. Ini akan menunjukkan padamu apakah kamu sudah benar-benar "hidup". Untuk semua bahagian tubuh yang kamu beritahu padaku dulu, aku selalu berkata kamu salah dan aku telah memberitahu kamu kenapa. Tapi, hari ini adalah hari di mana kamu harus belajar pelajaran yang sangat penting."

Dia memandangku dengan wajah keibuan. Aku melihat matanya penuh dengan airmata. Dia berkata, "Sayangku, bahagian tubuh yang paling penting adalah bahumu."

Aku bertanya, "Apakah kerana fungsinya untuk menahan kepala?" Ibu membalas, "Bukan, tapi kerana bahu dapat menahan kepala seorang teman atau orang yang kamu sayangi ketika mereka menangis.

Kadang-kadang dalam hidup ini, semua orang perlu bahu untuk menangis. Aku cuma berharap, kamu punya cukup kasih sayang dan teman-teman agar kamu selalu mempunyai bahu untuk menangis bila-bila pun kamu memerlukannya."

Akhirnya, aku tahu, bahagian tubuh yang paling penting adalah tidak menjadi orang yang mementingkan diri sendiri. Tetapi, simpati terhadap penderitaan yang dialami oleh orang lain.

Orang akan melupakan apa yang kamu katakan. Orang akan melupakan apa yang kamu lakukan. Tetapi, orang TIDAK akan pernah lupa bagaimana kamu membuat mereka bererti.

Kredit : rez (Friendster)

YaN Bilang :
- Terharu bila baca message yang sangat berharga nie. Thanks Rez sebab fwd sama sia.
posted by YaN @ 6:25 PM   0 comments
Saturday, March 03, 2007
Cerpen : Hasratku Menggapai Pelangi

Create by : Luciana Chelsey Jaime
KPUK : St.John Kg. Tambiau, Ranau
Tajuk : Hasratku menggapai Pelangi
Date : Christmas 2001.

Angin malam yang bertiup lembut tidak mampu menghilangkan kegusaran dihatiku. Aku melamun jauh. Aku terbayang kembali peristiwa siang tadi. Amat memilukan. "Asyik-asyik gereja!" kata ayahku siang tadi masih terngiang-ngiang si telingaku.. "Ah.... betapa pedihnya hidup ini. Mengapa mesti aku yang melaluinya?", bisik hatiku.

Tiba-tiba aku terbayang kembali peristiwa empat tahun yang lalu. Ketika itu ayahku seorang pemabuk. Dia sering balik ke rumah dalam keadaan yang mabuk. Ibuku akan diperlakukannya bagaikan boneka. Disepak sesuka hatinya. Malahan ayahku juga pernah menghalau belia yang menjalankan kebaktian Rosari di rumah kami. Aku menjadi takut. Air mataku mengalir lesu. Aku berdoa pada Tuhan agar ayahku insaf setelah jatuh sakit dua tahun yang lalu. Segala harapan ku musnah. Aku tidak mungkin menggapai apa yang ingin ku miliki. Aku hampir putus asa.

Kadangkala aku merasakan, aku terlalu lemah. Kekuatanku akan hilang apabila ayahku sering memarahiku kerana aktif dalam pelayanan gereja. Ketika itu aku hanya mampu menangis. Ibuku selalu memujukku agar selalu bersabar. Aku tahu isi hati ibuku lebih terhiris dengan sikap ayahku. Apa yang mampu aku buat? Aku hanya mampu berdoa pada Tuhanuntuk mengharapkan belas kasihNya. Aku percaya suatu hari nanti ayahku akan insaf jua. Aku menantikan saat itu.

Hari-hari ku lalui amat meresahkan.. Lebih-lebih lagi minggu hadapan kebaktian Rosari akan dimulakan. Aku dihantui peristiwa empat tahun yang lalu. Aku takut ia akan berulang lagi. Aku tidak mampu untuk menghadapinya lagi. Aku berdoa pada Tuhan agar Roh kekuatanNya dicurahkan padaku.

Akhirnya sahabat-sahabat gerejaku bertandang ke rumahku untuk mengadakan kebaktian Rosari. Jauh disudut hatiku, aku merasa takut peristiwa empat tahun lalu berulang. Sepanjang kami menjalankan kebaktian Rosari, ayahku tidak kelihatan. Mungkin berada di dalam biliknya. Apabila lagu penutup dinyanyikan pada malam itu barulah ayahku menyertai kami. Aku hanya mampu menunduk. Dalam diam aku berdoa agar suatu hari nanti pintu hati ayahku terbuka untuk menerima kehadiran cintakasih Tuhan.

HJari demi hari berlalu meninggalkan kelmarin yang suram. Aku melaluinya tanpa sebarang makna. Jiwaku kosong. Ayahku bertambah marah dengan sikapku yang tidak mengendahkan nasihatnya agar tidak menyertai aktiviti gereja. Kegelisahan sering merantai jiwaku. Kadangkala aku cemburu melihat kebhagiaan orang lain. Berjalan bersama dalam pelayanan. Pun begitu aku tetap dengan pendirianku meskipun kadangkala aku goyah.

Lima tahun sudah berlalu, aku makin giat dalam aktiviti gereja. Kemarahan ayahku sudah berkurangan meskipun kadangkala dia mempersoalkan kegiatan gerejaku. Aku tidak mahu mempedulikan lagi. Hari minggu, aku ada tugas sebagai pewarta firman Tuhan. Apabila aku terdengar paluan loceng, aku mencapai Alkitab kecil yang satu-satunya menjadi milikku. Aku keluar rumah tanpa memperdulikan ayahku yang termenung. Aku tidak tahu apa yang bermain sifikirannya. Begitu juga dengan kebisingan adik-adikku.

Aku tiba di chapel lewat sedikit. Aku bersedia untuk menghadap hadirat Tuhan. Ibadat sabda pada pagi itu dengan lagu pembukaan. "Sekarang tibalah saat kita mendengarkan perwartaan yang kedua..." kata-kata komentator membuatkan aku tersentak. Aku mencapai Alkitab dan melangkah kehadapan dengan penuh semangat. Aku membaca firman Tuhan dengan tenang. Tiba-tiba jantungku berdegup kencang. Dibelakang sana sesusuk tubuh yang amat ku kenali merenung sayu kearahku. Aku hampir menitiskan airmata. Tetapi kugagahi untuk menahannya.. dialah ayahku, duduk disamping ibuku. Aku menoleh ke belakang kulihat adikku tersenyum, aku membalas senyumannya. Saat itu aku teramat gembira.

"Anis..." Aku terkejut. Aku menoleh kearah ayahku. Kulihat airmatanya menitis laju menuruni pipinya. Aku tergamam, begitu juga ibu dan adik-adikku. "Maafkan ayah... Ayah bersalah.. bantulah ayah". Aku merenung ayahku. Pipiku terasa panas oleh airmata. Aku menerpa memeluk ayahku. Sesungguhnya kata-kata itulah yang kami nantikan selama ini. Kulihat ibuku menitiskan airmatanya. Jauh disudut hatiku bersyukur pada yang MahaEsa kerana memberikan ayahku satu kesempatan yang amat berharga. Akhirnya hasratku ingin menggapai pelangi tercapai jua.


YaN's bilang :
- "Mintalah maka akan kuberikan". Allah itu Baik !!!

p/s :
- Kepada pembaca & pelawat blog ini, jika anda teringin menyumbangkan bahan cerita iaitu pengalaman atau hasil nukilan anda yang berkaitan dengan Kerohanian, sila emailkan kepada saya di : yanmccaulley@gmail.com dan jangan lupa sertakan Nama, Asal, Tarikh dibuat & Judul bahan yang ingin anda kongsikan dalam blog ini. Terimakasih.

"Berjalan Bersama DiDorong Dan Dikuatkan Oleh Roh Kudus..."
posted by YaN @ 10:23 PM   0 comments
"..Aku memberikan perintah baru kepada kamu iaitu supaya kamu saling mengasihi,sama seperti Aku telah mengasihi.Dengan demikian pula kamu harus saling mengasihi.Dengan demikian,semua orang akan tahu bahawa kamu adalah murid-muridKu.."
:: All About YaN ::

Name: YaN
Home: Ranau, Sabah, Malaysia
About Me:
See my complete profile
:: Praise The Lord ::

:: Ini Nyanyianku ::
"Hidup didalam-Mu membuatku KENYANG dan TERANG.. Aku tidak takut lalu setiap saat menyanyi dan memujiMu. Engkaulah kekasihku..."
:: Sing To Da Loard ::
:: BLOG INDUK ::
:: Links ::
:: Selalu Berkunjung Ke ::
:: BAPA KAMI ::
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket Bapa kami yang ada di sorga, Dimuliakanlah namaMu, Datanglah kerajaanMu, Jadilah kehendakMu, Di atas bumi seperti di dalam sorga, Berikanlah kami rezeki pada hari ini dan, Ampunilah kesalahan kami, Seperti kami pun mengampuni, Yang bersalah kepada kami dan, Janganlah masukkan kami kedalam pencobaan, Tetapi bebeskanlah kami, Dari yang Jahat. Amen.
:: SALAM MARIA ::
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket Salam maria, Penuh rahmat Tuhan sertaMu, Terpujilah Engkau di antara wanita dan, Terpujilah buah tubuhMu Yesus.. Santa Maria, Bonda Allah, Doakanlah kami yang berdosa ini, Sekarang dan selama-lamanya, Amen.
:: AKU PERCAYA ::
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket Aku percaya akan Allah, Bapa yang Maha Kuasa, pencipta langit dan bumi; dan akan Yesus Kristus, Putra-Nya yang tunggal, Tuhan kita, yang dikandung dari Roh Kudus, dilahirkan oleh Perawan Maria; yang menderita sengsara, dalam pemerintahan Pontius Pilatus, disalibkan, wafat, dan dimakamkan; yang turun ke tempat penantian, pada hari ketiga bangkit dari antara orang mati; yang naik ke surga, duduk di sebelah kanan Allah Bapa yang Maha Kuasa; dari situ Ia akan datang, mengadili orang yang hidup dan yang mati. Aku percaya akan Roh Kudus, Gereja Katolik yang Kudus, persekutuan para kudus, pengampunan dosa, kebangkitan badan, kehidupan kekal. Amin.
:: KEMULIAAN ::
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket Kemuliaan kepada Bapa, Dan Putera, Dan Roh Kudus. Seperti pada permulaan, Sekarang,selalu, Dan sepanjang segala abad. Amen.
:: My Previous Post ::
:: My Archives ::
:: Template by ::

Free Blogger Templates

BLOGGER